Tiap tahun Pun Kompem Kalah

Sebenarnya, ni adalah isu yang dah basi. Tapi oleh kerana aku adalah admin blog ni, jadi aku menggunakan kuasa veto untuk publish jek entri basi camni.

Semua orang sepatutnya tahu, dalam anugerah juara lagu (AJL) hari tu, anna rafali yang menang. Sana sini kecoh, heboh satu malaya menyuarakan pendapat masing-masing, seolah-olah diorang tu telah mencipta beratus-ratus lagu dan mencipta fenomena dengan lagu seperti mentera semerah padi, nur nilam sari dan tanya sama itu hud hud.Ok, aku tak nak ulas mende ni, melambak blog cerita pasal mende yang sama.

Isu aku senang. Apa perasaan bertanding dalam AJL untuk kalah? Korang jawab jujur la ok, logik ke lagu "jahat" stacy boleh menang? Semua orang tahu, pengadilan dalam AJL ni menilai mutu lagu, melodi dan pengisiannya. Jadahnya stacy leh ada harapan kan. Aku tak tahu laa kalau dia masuk untuk menang persembahan terbaik je pulak.

Lagu sebelum ni, pakai buang...wat de heel?kadang-kadang aku sampai rasa, AJL ni nak dia ada jek sebab dia menghangatkan pertandingan dengan kelincahan dia membuat persembahan. Sebenarnya ada jek artis lain jugak, entah apa tujuan join aku pun tak faham.

Walau camne pun, AJL tetap jadi tumpuan, eventhough aku rasa jarang ada keputusan yang membuat semua orang puas hati.

1 comments:

  1. Unknown said...:

    peh!!!! sejak bila lak ko berminat tentang gosip2 dan artis ni....mesti dah byk majalah urtv mangga dan sebagainya dalam bilik ko....kALO TAK PENUH NGAN KOMIK JER SINCHAN ,BUDAK GETAH,DUKE....KO DAH TUKAR BAHAN BACAAN KO KER...

Post a Comment

 
::Esok Hari Semalam:: © 2011 | Designed by Chica Blogger, in collaboration with Uncharted 3, MW3 Forum and Angry Birds Online