Blogging vs Goblokging

Sejujurnya, aku memang tak tahu dah berapa juta blog wujud dalam dunia blogspot ni. Dan aku tak rasa aku perlu peduli semua tu. Mende ni hak individu, rajin korang menaip, wujudlaa blog korang. Persoalannya, dengan kewujudan sekian banyak blog kat bumi ni, berapa banyak korang sanggup baca? Setiap jam ada artikel baru, memang tahap dewa lah kalau korang larat follow semua.

Blog ni tercipta sebagai medan penulisan peribadi sesape yang rajin create. Maka dewasa ni, memandangkan masyarakat kita celik IT belaka, tidak hairanlah kalau melambak blog yang boleh korang baca. Aku rajin jugak menjengah blog-blog kat Malaysia ni, tak kiralah berunsur mistik, politik, sukan dan sebagainya. Bukan apa, kandungan yang diorang muatkan dalam artikel tu boleh tahanlah berguna gak sebagai penambah wacana deria ilmu aku.

Kerap juga aku baca, blogging ni diorang kata addictive. Dalam kata lain, gian, or ketagih. Really? Aku tertanya jugak, ape bende yang boleh buat penulis tu berasa ketagih menulis saban hari.

Sebenarnya memang boleh ketagih, KALAU blog tersebut di"FACEBOOK"kan. Ahah, tak payah la korang buat tak faham. Zaman ni zaman moden beb, melalui handphone, korang boleh update perihal kehidupan korang ke facebook setiap masa. Biasalah kan, dalam facebook tu, pagi dia wish morning, dah mandi post, nak gi makan post, ternampak kucing comel post, hari hujan post, nak berak post, gi jenjalan post, pendek kata setiap langkah nak cerita kat orang lain. Jadahnya gitu, kan?

Maka, dalam blog mereka, laaaaaagi la panjang merapu nye. Semua aspek kehidupan nak diceritakan. Bengong. Gambar dan video jangan cakaplah. Kot kalau korang tu orang ternama, mungkin la ada gunanya jugak nak kecoh kat peminat korang. Ni siapa korang kan. Macam la aku tak pernah nampak kucing comel, tak berak tiap-tiap hari, tak penat kerja....

Jadi maafkanlah aku andai aku dengan tegas dan kerasnya menyatakan, bahawa ini bukan blogging, tetapi goblokging. Ah, jangan pula kalian cuba nak tanya apa maksud goblok tu. Tapi aku tak pernah membenci, itu adalah hak kalian, siapa pulak aku nak kecoh mende remeh seperti ni. Aku hanyalah insan biasa.

Sempena menegaskan aku adalah insan biasa, terimalah lagu insan dari yantzen.

Peace

1 comments:

  1. Unknown said...:

    ohw!!!!!!!!!!!!!!!!dowg......ko try post sekALI AKU NAK TGK...KOT2 MCM POSMEN...

Post a Comment

 
::Esok Hari Semalam:: © 2011 | Designed by Chica Blogger, in collaboration with Uncharted 3, MW3 Forum and Angry Birds Online