Aku tertarik dengan ucapan Chua Soi Lek, di mana dalam usaha beliau menarik undi kaum cina, beliau mendakwa undi orang cina terhadap DAP membantu PAS lebih dekat dalam pembentukan negara Islam dan perlaksaan Hudud.
Ada beberapa perkara yang menarik di sini. Pertama, MCA menggunakan point Hudud dan pembentukan negara Islam supaya orang Cina mengundi MCA. Rupanya selama ni, status Malaysia sebagai negara Islam adalah hiasan semata-mata. Atau selama ni negara kita bukan negara Islam? Tun Mahathir cakap iye...Apa pun persoalannya, Cina tidak takut dengan Islam brand Umno, tetapi menolak Islam brand PAS. Ada perbezaan ke kedua-duanya?
MasyaAllah, Islam itu satu, mana boleh kita kata Islam PAS dan Islam Umno lain, betul tak? Tapi realitinya memang begitu, bukan sekadar golongan kafir, malah saudara seagama kita pun menolak perlaksanaan hukum Islam secara total. Kenapa? Inilah persoalan kedua. Hudud dilabel sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan. Dan sudah tentu hukuman seperti ini amat digeruni.
Ketiga, kenapa ramai orang bangkit menentang Hudud? Kenapa nak takut menghukum pencuri dan penzina? Padanhal saban hari kita dikejutkan dengan pelbagai berita dahsyat berkaitan dengan samun dan zina. Kes rompak dan bunuh, biasa dengar kan? Kes ragut sampai cedera parah mangsa dibuatnya. Kes rogol, haruan makan anak, buang bayi, pelacuran, pun selalu kita dengar. Namun kita tetap merasakan mahkamah adalah tempat selayaknya untuk jatuhkan hukuman. Bayangkan kalau mangsa tu adalah kita, ataupun darah daging kita sendiri, barulah tahu apa perasaannya. Apatah lagi kalau penjenayah dapat terlepas atau diringankan hukuman kerana kebijaksanaan peguam bela.
Hudud ni zalim ke?
Memang la zalim, kejam, takde perikemanusiaan. Bayangkan, mencuri kene potong tangan! Berzina perlu direjam hingga mati atau dirotan 80 kali! Kene ada saksi 4 orang. Uishhh, macam-macam. Kejam kejam....
Lepas tu, PAS boleh pulak nak perjuangkan hukum Islam dan merencana pembentukan negara Islam. Memanglah ramai orang rasa gerun. Kenapa nak laksanakan hukum yang kejam dan tak adil seperti itu?
Kita tak boleh nak salahkan orang kafir. Sebab apa? Agama mereka tak suruh baca dan menjadikan Al-Quran tu panduan hidup. Mereka tak faham, mereka tak tahu. Kita pun, bila tiba-tiba ada parti kafir perjuangkan hukuman pelik, contohnya memotong kemaluan penzina lelaki, kita pun akan jadi marah dan menolak sepenuhnya, betul x?
Itulah orang kita ni. Bila bersembang, berdegar-degar mengaku Islam. Meluap-luap semangat nak tegakkan hukum Allah. Tapi hakikatnya, umpama kerbau, main sondol je ke depan menuju sasaran kain merah, tak peduli apa-apa. Kita ni manusia, diberi akal, kenelah bertindak gunakan akal. Apatah lagi kita bertuhankan Yang Benar, agama kita benar, sudah tentulah jalan kita tu jelas dalam menegakkan syiar Allah di muka bumi ni. Maksud aku, kita ada contoh terbaik, cara junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat, serta yang mengikut mereka itu berdakwah dan menegakkan Islam, panduan telah ada. Bergantung pada kita untuk menyesuaikan kaedah mengikut rentak semasa.
Masalah kita paling besar, adalah salah faham dan kebodohan mereka-mereka yang mempolitikkan isu Hudud. Aku umpamakan kes ini, seumpama membina sebuah menara yang tinggi. Kita asyik fokus pada berapa ketinggian menara tersebut boleh capai, kalau boleh biar mencapai awan. Tapi kita terlupa menitikberatkan berapa dalam tiang pasak yang perlu dibuat. Sudahnya, sampai suatu masa, apabila ketinggian menara sudah tidak dapat ditampung, maka runtuhlah ia.
Kita perlu kembali pada perkara pokok. Perkara paling asas kenelah didahulukan. Langkah pertama, adalah perubahan diri sendiri dulu. Kita perlu membina Islam di rumah dulu, iaitu keluarga kita sendiri. Kalau keluarga sendiri pun tak boleh dibentuk, macam mana nak pergi langkah seterusnya.
Selepas keluarga, barulah kita membina Islam di peringkat komuniti setempat. Kita perlu membentuk masyarakat Islam, menguatkan ukhwah di kalangan jiran-jiran dan rakan sekerja. Kita sendiri perlu tunjukkan Islam kepada masyarakat kafir, barulah mereka boleh nampak keindahan Islam tu secara total.
Macam mana kita nak tunjuk keburukan riba, sedangkan orang kita la yang berduyun-duyun buat pinjaman kewangan dengan bank yang mengamalkan riba. Macam mana kita nak tunjukkan betapa adilnya Islam kerana mengharamkan riba, seandainya akibat riba seperti bangkrap dan diburu Along, orang Islam juga yang terkena? Bayangkan sahabat-sahabat sekalian, seandainya satu hari nanti kita semua dapat bersatu di bawah payung Islam, tiada lagi umat Islam yang berurusan dengan sebarang bentuk riba. Pada waktu itu, hanya golongan kafir sahaja yang menderita akibat kes diburu Along dan bankrap. Subhanallah, pada masa itu, pastinya mereka akan melihat Islam dan belajar, betapa sistem kewangan Islam yang adil mengelakkan sebarang bentuk penganiyaan kepada manusia. Dan yang lebih manis, sekalipun golongan kafir juga boleh mendapat manfaat dengan berurusan menggunapakai sistem kewangan Islam. Bayangkan...
Bayangkan saudara-saudara sekalian, apabila kita semua telah bersatu, undang-undang memotong tangan dikuatkuasakan kepada orang Islam sahaja (langkah permulaan). Kepada pencuri Islam, ataupun yang mencuri harta orang Islam, biarpun pencuri itu kafir. Apabila sampai tahap itu, siapa yang berani mencuri di kawasan undang-undang Islam tersebut? Bayangkan, apabila kecurian hanya terjadi di kawasan kafir. Alangkah indahnya apabila pada saat itu, mereka akan memandang Islam dan berkata, "inilah undang-undang Tuhan..."
Sekalipun seorang itu kaki zina, mereka patut tahu kisah Saiyidina Umar Al khatab, di mana beliau tidak berani mengendap rumah yang didengarinya ada bunyi seakan zina, kerana bimbang Allah murka, memasuki rumah tanpa izin. Jadi, senangkah sebenarnya mahu dapatkan 4 saksi Islam yang adil, tidak fasik, dalam kes perzinaan?
Sebenarnya, ini semua hanyalah retorik politik semata-mata. Kita di Malaysia ini, punyai ramai tokoh ulamak yang bijak pandai, berfikiran jauh, dan mempunyai buah fikiran yang sangat hebat. Islam ni, hanya ada satu hukum je ke? Asalkan sebut undang-undang Islam, semua orang berfikir pasal hudud. Siapakah pemimpin yang bijak sangat, menjual hudud untuk meraih sokongan? Dan MasyaAllah, siapakah pula pemimpin yang menolak hudud, mempermainkan hudud juga untuk meraih sokongan? Kita tunjukkan dulu keindahan undang-undang dan cara hidup Islam yang lain. Punyela banyak yang boleh dilaksanakan, kenapa hudud juga yang menjadi pokok pangkal perbincangan?
Semasa zaman Nabi Muhammad SAW sekalipun, bukannya terus Allah haramkan arak dan perhambaan. Ini semua adalah panduan, kalau kita rajin mendalami Islam. Maksudnya, kita tidak boleh terburu-buru. Umat Islam sekarang ni sangat lemah, jadi kita tak boleh selamba nak paksa semua orang ikut sistem agama kita. Kita mulakanlah perlahan-lahan, yang penting, kita berusaha.
Entah mereka dengar ke tak kan....
-
World is in your hand...
-
" What you leave behind is not what is engraved in stone monuments, but what is woven into the lives of others." (Lauren Covington,2011)
-
"If running becomes tough, walk. If walking becomes tough, crawl. Never stop." (Navneet,2011)
-
" Life may not always be friendly, but you can be friendly in life." (Donielle,2010)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Sebaik aku bukak mata di kala subuh, ko da ada depan pintu rumah, bertenggek tengok aku terkial-kial mamai pergi bilik air.... Aku nak ger...
-
Untuk entri kali ni, aku nak share beberapa perkara menarik yang aku dapat lihat di felda tempat aku bekerja nih. Mungkin di tempat lain pun...
-
Aku tertarik dengan ucapan Chua Soi Lek, di mana dalam usaha beliau menarik undi kaum cina, beliau mendakwa undi orang cina terhadap DAP mem...
-
Aku pelik gile mase sorang kenalan aku beli kereta proton saga baru-baru ni. Dia ikat 9 tahun dengan bank. Bukan apa, kereta tu dalam 30...
-
Sebenarnya, ni adalah isu yang dah basi. Tapi oleh kerana aku adalah admin blog ni, jadi aku menggunakan kuasa veto untuk publish jek entri ...
-
Boleh ke zaman sekarang ni survive dengan hanya suami jek bekerja? Kecuali segelintir brader yang rasa x kisah hidup besederhana, x kisah te...
-
Apa itu tabiat suka menjilat? Dalam aspek keharmonian rumahtangga, tabiat ni mungkin membahagiakan suami dan isteri. Namun ini jika dipanda...
-
Di satu tengahari yang panas, aku telah pulang melepak ke rumah jap. Nama pun panas, maka aku suka mandi sebelum gi kerja semula pukul dua n...
-
Aku tak nafikan, papan tanda kat jalan raya amat penting bagi semua orang, termasuk aku. Oleh kerana aku agak kerap driving temerloh-bp-jb, ...
-
Kelmarin aku pulang ke kampung, saje berkumpul dengan sedara mara melawat nenek aku yang dah uzur sangat. Dalam kekencangan taufan sembang t...
Labels
- hudud (1)
- HUFFY (1)
- itam ooo itam (1)
- politik keji (1)
- sayangi bibik anda (1)
Blog Archive
Followers
Copyright@Jerr2011. Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment