CILAKAK LU MEMBER SERUMAHKU....

Di satu tengahari yang panas, aku telah pulang melepak ke rumah jap. Nama pun panas, maka aku suka mandi sebelum gi kerja semula pukul dua nanti. Tiba-tiba, aku menjadi hairan, kerana ada satu alat yang amat penting telah hilang dari bilik air aku.

Dalam rumah aku cuma aku dan member aku jek. Kalau ada perompak masuk, dari dia curik alat aku tu, baik dia rembat laptop aku ke, kasut aku ke, kan? Jadik amat jelas, ni mesti keje member aku.

Memang tekaan aku betul. Kelihatan alat berwarna kuning tu berada dalam bilik air beliau. Aku mendidih kehanginan. Sah member aku ni bangang dah tahap takleh dinasihat, terajang jek ubatnya.

Aku terus cal member aku. Selepas meluahkan kata makian seadanya, aku suruh dia beli alat baru untuk aku. Gile ke kongsi alat tu? Kalau takat dia rembat perfume, ubat gigi, sabun basuh, air dalam peti sejuk, aku leh terima. Tapi yang ni aku takleh terima....

Aku yakin, ni bukan kali pertama dia rembat BERUS GIGI aku. Bak kata pepatah, buat jahat mana pernah sekali. Perangai sebijik khinzir. Aku pasrah.

Aiiii member oh member.....

APA MAU MAKAN DEYY???

Aku nak tanya korang laa, pernah tak korang terfikir apa makanan paling baik yang korang boleh makan kat dunia ni? Makanan baik tu maksudnya, berkhasiat, bersih, takde racun dan bahan kimia berlebihan, dan paling penting, halal.

Kalau ada makanan yang punyai semua ciri-ciri kat atas ni, tolong lah share ok. Kene bagitau nak beli kat mana dan nama brand sekali.

Atau korang tak pernah amek pedulik? Nak tunggu Jakim atau masuk harian Metro baru nak insaf ke?



Ayam. Mana ada kedai makan yang tak guna ayam untuk jadik lauk, betul tak? Ayam ni dah jadik bahan mentah yang amat penting untuk industri pemprosesan makanan jugak. Kita pulak, lagi besaaaaarrr ayam tu, lagi la kita suka, banyak isi kan.

Tapi, tahukah korang, teknologi moden sekarang mampu mempercepatkan tumbesaran ayam sehingga 40-50 hari jek? Giler beb. Entah hormon@ubat@racun ape entah yang diorang suntik dan bagi ayam tu makan, aku tak tahu. Kesannya, ayam membesar dengan cepat, dan cepatlah pulak boleh kasik potong untuk jual.

Apa signifikannya bila ayam membesar terlalu cepat? Aku bagi perumpamaan yang mudah, manusia. Cuba bayangkan, bayi yang baru lahir, disuntik dengan macam-macam benda, menjelang umur dia setahun, ciri fizikal dah macam budak umur 4-5 tahun. Apa yang tak kena kat situ?

Masalah utama yang budak tu hadapi adalah, penambahan jisim badan melebihi perkembangan tulangnya dan tisu-tisu kelilingnya. Dalam kata mudah, daging banyak, tapi pembentukan saraf, salur darah, sistem imun dan tulang tak sempurna, menghasilkan seorang budak yang cepat sakit, tak boleh berjalan, lemah dan, cacat lah kan?

Sama jek macam ayam beb. Sebab tu, ayam daging mana boleh berjalan sangat? Sebab senang sakit, kenelah suntik ubat ape yang patut, termasuk antibiotik yang entah apa-apa. Apa yang penting, daging banyak, potong kasik jual. Sekarang dah faham, kenapa tulang ayam kampung keras nak mampus kan?

Pastu, dalam keadaan hati yang tak berkembang sempurna, mana lah ayam tu boleh laksanakan proses metabolisme yang sepatutnya. Hati kan "kilang" memproses sume benda yang masuk dalam badan, di mana hati lah yang menyingkirkan segala bentuk racun yang terhasil dari apa-apa makanan yang kita ambil. Kalau dah hati tu cacat, agak-agaknya apa yang ada dalam hati tu ek?

Pastu korang tibai pulak hati ayam....Canteeekkkk....

Ni tak kira bab penyembelihan pulak. Satu hari, berapa ribu ayam kene potong? Sendiri mahu ingat. Pak lebai pun bukak serban la kerja penat camni. Sudahnya, bangla dan indon buat kerja. Asal potong sampai urat merih, kira halal laaa...Dah potong pastu longgok banyak-banyak, sudahnya ayam tu mati sebab sembelih ke sebab lemas? Pun taknak cerita ada yang campak dalam tangki air kasik lemas terus. Pun taknak cerita yang kasik potong leher terus. Boleh nampak ke beb bila dah bungkus elok-elok kat pasaraya tu?



Kalau tak makan ayam, nak makan apa pulak? Lembu? Kambing? Adoyai, ni payah aku nak sembang sebab aku kekurangan info pasal haiwan ni dalam situasi di Malaysia. Namun, apa yang penting, kita cuba la elakkan beli daging import. Kalau kat kedai tu, camne ah? Takkan nak tanya, abang pakai daging frozen ke daging import? Kalau murah semacam tu, sendiri fikirlah beb...

Nak bela lembu ni susah beb. Terutama pemakanannya, sebab dah nama pun lombu, binatang ni tau makan jek. Kalau lah kita rigid, teguh berpegang pada diet rumput, boleh bengkok badan kumpul rumput. Ke korang spesis kobau bertopeng manusia? Sebab kalau korang spesis ni, lepas je la lombu tu, biar lombu tu ragut pokok kebun orang. Apa ada hal...

Justeru, kita amat risau, bila dah bela lembu dalam skala yang besar, lembu tu pun perlu membesar dengan cepat, maka kene galakkan mereka makan dengan kuantiti yang banyak. Camne nak buat? Mesti diorang ada cara yang kita ngeri nak dengar. Salah satu cara yang femes kat satu tempat tu, campur nanas. Haaa...Hasilnya, daging lombu tu rasa lain siket. Ni yang campur nanas. Agak-agaknya, kalau yang ada teknologi tu, guna apa yek?

Kita jugak yang makan akhirnya....

Pernah terfikir apa kandungan hotdog, nuget, daging kisar dan daging burger? Agak-agaknya, daging bahagian mana diorang pakai ekk... Tak payah fikir, diorang pakai semua bahagian. Diulangi, SEMUA BAHAGIAN. Sendiri mahu ingat. Gi check youtube, macam-macam ada tunjuk. Camne boleh sedap ek, kalau sume mende diorang campur sekali?



Apa tu ammonia? Bolehlah check kat google. Ammonia digunakan dengan banyak untuk bagi daging yang dikisar tu bersih. Pastu diorang campur pelbagai jenis perasa, sehingga amat aneh, terus jadik sedap!! Apa yang diorang campur yek...Sekali lagi, sendiri mahu ingat k...

Ok lah...Korang taknak makan daging. Makan ikan jek lah, abeh cerita. Jadik vegetarian. Aku dah tak larat nak tulis, nanti bila semua dah jadik vegetarian, jom kita sambung cerita.

LAGENDA SLEEPING BEAUTY

Ni bukan cerita seram tau. Aku cuma nak merungkai beberapa ciri mistik yang dimiliki oleh seorang kawan aku ni, sebelum membuat kesimpulan.

1) Beliau terlalu kerap menunduk dan mendiamkan diri, terutama ketika dalam dewan kuliah atau bilik mesyuarat

2) Sekali sekala, akan terdengar bunyi hentakan aneh dari arah beliau di kala beliau sedang tunduk tu

3) Nota tulisan tangan beliau hanya boleh difahami pada perenggan pertama jek, yang lain hanyalah corak aneh dan garisan bengkang bengkok yang amat ganjil

4) Setiap pagi, beliau akan merangkak secara misteri masuk ke bilik aku

Beliau adalah LEGENDA. Aku tak payah sebut nama pun, kebanyakan kengkawan dan bebudak belajar sama dengan aku tahu kehebatan beliau ni. Beliau ada ability yang amat menggemparkan....

Beliau boleh tidur di mana-mana, apa-apa gaya sekalipun. Sentiasa. Memang very the legend. Seumur hidup kitorang, memang tak pernah la jumpe makhluk selegend mamat ni.

Dek kerana kekerapan beliau tertidur dalam kuliah, maka dah jadi satu bahan jenaka rasmi bebudak ni untuk bergelak tawa sesama kitorang. Bagi aku, mende ni agak lawak, sebab amat sukar untuk kitorang tengok beliau tak tidur sebaik duduk kat kerusi dewan tu. Maka, korang sepatutnya dah boleh faham, kenapa beliau suka tunduk dalam kelas. Nota beliau jugak, awal-awal tu semangat menulis, tapi bila dah lalok, pen menulis entah apa-apa, tersadung sana sini, tu yang jadik nampak aneh jek. Hahahahah....

Beliau ni kira member aku la jugak. Walaupun beliau suka tidur, tapi beliau seorang yang diehard pasal solat. Beliau adalah orang yang amat konsisten dalam bab azan dan sentiasa merupakan orang terawal lepak surau bila masuk waktu solat. Maka, inilah sebabnya hampir setiap pagi, beliau akan merangkak pecah masuk bilik aku sebab nak kejut aku subuh.

Err....kenapa beliau perlu pecah masuk bilik aku ekk...err...sebab aku nyorok kunci bilik aku yang selalu aku letak atas pintu jek...sebab aku malas nak bangun awal...jahat siot aku...huhuhuhu

Aku ada satu kenangan yang pedih dengan beliau. Satu hari tu, salah satu terma baru kitorang belajar adalah "PTOSIS". Ni kira macam mata jadik kuyu, atau tertutup lah. Maka aku dengan kawan aku punyelah gelak macam nak gile bila aku cakap, beliau tu ada ptosis, sebab mata asek tertutup jek bila masuk kelas.

Sedang kitorang bergelak tawa dengan riang, tiba-tiba si legend bersuara....

"Aku tidur dalam kelas takpe...jangan tidur tak bangun subuh..."

Perghhh pedih....tu adalah kali pertama legend hangin dengan kutukan aku yang menggunung sejak aku kenal beliau. Memang tak terjawab le aku.

DUTA AGAMA,TOLONGLAH JADI CONTOH

Ait, ada duta agama Islam ke kat Malaysia ni? Pelik betul la kan. Biasa dengar duta negara jek kan. Hah, ni aku nak jelaskan.

Sebaik sahaja ente memakai serban ke, meletakkan kitab agama di dashboard kereta ke, cermin belakang kereta ente ada flyers or sticker bertulis "ISLAM IS THE WAY OF LIFE" atau "SAYA CINTA ISLAM" ke, maka sesiapa pun yang ternampak ente di jalan raya akan beranggapan ente ni pastinya golongan soleh, golongan amar maaruf nahi mungkar, ente orang Islam yang baik.

Ente semua adalah duta kita di jalan raya. Betul tak?

Tapi, kenapa ente potong queue pengguna jalan raya yang lain bila jalan jammed? Kenapa ente selamba jek menyelit sana sini tanpa hiraukan keselamatan orang lain? Kenapa ente bengap gila kalau drive slow, dok kat line kanan?

Betapa sakit hati ana bila ente selamba jek menyelit depan ana lepas potong barisan, yang dah lama ana beratur. Ana tengok atas dashboard kereta ente, ada kitab agama, ente bela janggut, pakai celak, ikut sunnah, tapi kenapa sabar yang diumpamakan separuh dari iman ente tak ada?

Ehh, bukan sekali dua ana jumpa spesis ente ni biadap, dah banyak kali tau. Ente semua ni gah bila di sejadah, tapi kenapa di jalan raya jadik haram jadah?

Ni ana taknak cerita pun pasal banyak lagi mende yang golongan ente ni selamba jek mencemarkan imej yang ente semua bawak tu. Ana tahu, bila ana petik pasal cerita macam mana golongan ente bagi ceramah, terlalu banyak perkara yang bagi ana, ente semua ni buat malu agama jek. Ente semua ni bila dah marah, macam-macam ayat makian yang keluar.

Sabar tu separuh dari iman. Kan ke ente tu pegang title ustaz? Tak malu ka?

Kalau ente tak malu, ana sangat malu.

V FOR VENDETTA

Ada sorang kawan aku baru angkat ini kereta, Honda Insight. Standard la, bila beli kereta baru ni, macam-macam la mende dia nak make-up. So dia decide nak tinted cermin kereta baru dia, bagi kurang panas katanya.


Ayat dia simple jek masa tanya....

"Weh, kalau tinted cermin kan, nak pakai V-cool ke V-tec ah?"

Well, kalau tak kene gelak, apa lagi kesimpulan korang boleh buat kan...Hahahahahah

KOBAU OOO KOBAU

Kobau, atau nama saintifiknya bubalus bubalis, atau anus bubalus (ni maknenye punggung ko arr kobau-kata makian spesifik untuk kobau), aku rasa jarang didapati di Malaysia ni berbanding lombu. Sungguhpun begitu, di negeri tempat aku bekerja ni (Pahang), kobau memang haiwan ternakan yang biasa. Kira memang kerap sangat laa boleh jumpe kobau ni.

Aku nak tanya korang siket la. Kat tempat korang, senang ke nak jumpe lombu? Walaupun kerap korang nampak najis mutawasitah lombu ni di tengah jalan, tak kira la dalam keadaan lombab atau koghing, sebenarnya bukan senang nak tengok lombu berkeliaran. Sebab lombu ni lombap, dan bangang. Sebab tu pepatah orang kita cakap, bodoh macam lombu.

Tapi, lain cerita kobau ni weh. Kobau ni gagah, korang tengok tanduk cukup, kemain tajam lagi eh. Kobau ni dek kerana gagahnya ia, maka mereka berperangai gengster dan berani langgar sume mende, tak kire la jalan raya ke, paya ke, kebun orang ke... Gile gengster beb. Kiranya, kalau kobau dengan lombu sparring 1 by 1, kompem kobau monang ahh.

Okeh, cukup pengenalan pasal kobau. Sebenarnya aku nak kongsi satu pengalaman getir berbicara pasal kobau ni secara public. Lepas korang baca cite aku ni, barulah korang judge aku, kenapa aku mengeluarkan kata kesat anus bubalis kepada kobau di awal entri ni k.

Oleh kerana aku bekerja di hospital, maka aku biasa berhadapan dengan kes kemalangan. Aku tak tipu korang laa, punyelaa banyak kes accident ni sebab terlanggar kobau. Kadang-kadang diselangi dengan langgar khinzir liar. Tapi bukan khinzir yang aku nak cite. Gile beb, ada yang sampai parah tu. Patah riuk tulang muka. Yelah, kan kobau ni bosar, kiro macam langgar tembok simen jek kalau kete kita sebat dia. Apa lagi kalau kete korang made in Malaysia, remuk al ranap la.

Kebanyakan kes jadik lewat malam dan awal pagi. Korang pernah terserempak dengan kobau di kala malam? Perghhh... Memang tak nampak beb. Dah la warna kelabu lumpur tu melokat, dari jauh korang nampak macam kabus jek. Baru korang nak berimaginasi adegan alam angker di kala malam, manalah tau celah kabus tu ada makhluk mengerikan ke, ape ke kan, tau-tau nampak tanduk jek. Pastu prang!!! Hah, pastu korang jumpe la doktor di wad kecemasan sana, ready untuk disulam apa yang patut.

...Aku harap korang dah pelan-pelan hangin dengan kobau, agar korang akan lebih hangin dengan satu lagi spesis kobau ni, aku panggil kobau mutasi, sebab sekali tengok sebijik manusia, tapi bila korang perhati betul-betul, perangai dan pemikiran sebijik kobau.

Kisah ni jadik kat hospital la. Sedang aku berehat-rehat, tetiba aku saje nak sembang pasal kobau, sebab malam sebelum tu aku jumpe kes accident langgar kobau.

Aku : Bahaya betul la nak jalan malam sekarang ni, sana sini ada kes langgar kobau. Ape ke bangang orang kampung ni, tak kurung ke kobau tu? jangan la bagi berkeliaran kat jalan raya...bodoh boto...kalau saya ada senapang, saya tembak jek kobau-kobau tu...

Bro X : eh kita tak boleh cakap camtu...tu cara orang kita carik rezeki...tak baik sekat rezeki orang, nak amek tindakan undang2 ke ape ke...mana boleh buat camtu...kita kene fikir orang bela kobau tu nak sara anak bini dia...

Aku : Aiii bang...agak-agak laa...kata nak sara anak bini, abeh kalau dah bia lepas camtu jek, kobau tu ragut kebun orang orang, pokok orang, dah kira halal ke daging kobau tu bang? (aku dah mula hangin)

Bro X : Ehhhh kita kalau nak cerita halal haram, banyak benda kita boleh sembang...nak sembang ke? (bro hangin balik kat aku...WTF?????)

Aku : Ooooo...Nak kira rezeki orang je la bang ehh...Jadik orang kampung abang ni memang rasa nyawa kobau tu lagi berharga dari nyawa manusia ek? Tak peduli apa jadik kat orang lain, yang penting dia kenyang...bagus la camtu...Abang tau tak berapa banyak kes langgar kobau saya tengok kat hospital tu?

Pastu bro terus senyap...Tau pun diam. Patut la penternak kobau ni selamba jek lepas kobau diorang walaupun dah kerap sangat kobau tu punca orang accident. Rupanya otak penternak kobau dengan kobau, sama jek. Serius aku hangin gila.

Bro X adalah salah sorang penduduk kampung Pahang ni laaa...Aku tau, dia nak cite pasal halal haram tu, sebab dia nak pangkah aku smoking. Ni lah manusia kan, cara mempertahan kebatilan, kebebalan adalah dengan mencarik salah orang lain. Macam perangai parti politik. Bangsat betul.

Haiii la kobau.......

ANAK YANG BAIK....GITU....



Aku pelik gile mase sorang kenalan aku beli kereta proton saga baru-baru ni. Dia ikat 9 tahun dengan bank. Bukan apa, kereta tu dalam 30k lebih jek,aku jadik heran la nape nak ikat lama-lama. Kan best kalau hutang tu lebih cepat habis.

Jawapan beliau amat mengharukan aku. Dia nak kurangkan beban bulanan dengan bayar lebih murah. Dia bertanggungjawab menyara keluarga, lagipun dia adalah satu-satunya lelaki dalam keluarga.

Perghh mamat ni. Aku respek habis lah. Selaku salah seorang manusia yang menentang sebarang kezaliman dan aktiviti menyusahkan mak bapak, aku hormat gile babeng la kat dia ni. Seawal usia muda baru nak keje, dia dah jadi sandaran keluarga. So aku pun tanya soalan seterusnya kepada beliau...

"Lu adik beradik berapa orang? Ada yang belajar lagi ke?"

"Gua ada sorang kakak. Gua yang bongsu..."

Aku tak tahu nak cakap apa.....

HANGIN TAPI BENAR!!!

Sebut je perkataan bonus,bagitau aku manusia jenis ape yang tak senyum sampai telinga? Tak kisah la bonus untuk apa pun,semua orang mesti gembira sambil menepuk kedua tapak tangan atas kepala.
Fokus aku kali ni adalah berkaitan dengan bonus kerja. Bagi golongan seperti aku yang makan gaji, bonus amat diidamkan. Tapi aku amat hangain sebab kakitangan gomen payah bebenor nak dapat bonus. Cilakak tol....

Ok,whatever reasons pun, agak-agak laaa....kitorang mengidam weh,setakat saguhati yang beberapa ratus tu,ape laaa sangat. Tapi aku paling hangin dengan staff bank, terutamanya bank rakyat. Sape tahu sekali diorang dapat bonus, berapa bulan nye stok? Perghhh....Pernah 8 bulan,12 bulan,14 bulan....Apa yang bole aku kata, tahap dewa, hinggakan sekiranya dewa bekerja makan gaji,pastinya dewa nak keje bank rakyat.

Syial laaa...Aku amat tak berpuas hati. Orang selalu kata, keje gomen walaupun gaji kecik, banyak kelebihan. Amek contoh penting dari aspek perubatan, staff gomen dapat special price bila gi hospital. Memang aku tak nafikan, beza sangat la harga orang swasta dengan orang gomen.

Tapi, bagi staff bank rakyat, apa ada hal. Dengan bonus yang macam haram, amek je la insuran yang best. Apa barang gi hospital kerajaan, gi hospital private laa, baru cara. Apa ada hal, claim jek insuran. Jahanam. Tak payah nak berkira sangat gi spital gomen.

Apabila kehanginan aku semakin memuncak dan selepas meluahkan beberapa kerat makian terhadap rakan-rakan aku yang bekerja di bank rakyat terutamanya, aku telah insaf sekarang. Kenapa aku insaf? Aku terpaksa pasrah apabila yang memberi bonus kepada staff bank bukan orang lain tetapi aku....Ya,aku!!! Adakah aku telah menjadi terlalu kaya hingga mampu memberi bonus kepada mereka? Ya!!!! Syialllll!!!!

Aku nak tanya korang laa,agak-agaknya berapa tahun kerja baru korang leh kumpul duit cukup untuk kahwin? Berapa tahun korang kerja untuk mampu beli kereta cash? Rumah? Alamat sampai pencen laaa baru cukup duit untuk beli semua mende dan kawin cash..Jahanam, bila nak ada zuriat kalu camtu? Aku tak nak jadik si tua yang kesepian. Itu amat pedih...

Orang makan gaji dan baru keje macam aku, nak kahwin cepat memang takde cara lain la, personal loan jek caranya. Pernah amek tahu berapa bank untung bila sekali kita wat personal loan? Kompem le kita takkan ikat 2,3 tahun, mesti bertahun-tahun punye. Nak beli kereta, takkan cash kot. Loan lagi. Rumah. ASB...

Dan seperti mana yang korang tahu, bank rakyat adalah bank paling mesra alam dalam bab bagi loan kat staff gomen. Cuba kira berapa ramai staff keliling korang (yang keje gomen laaa) buat loan bank rakyat? Ce kire, ce kire...

Maka dalam kehangainan aku terhadap bank, aku terpaksa pasrah dek kerana keperluan mendesak hidup telah memberi kesenangan kepada staff bank. Walaupun geram, tapi ini benar.

Aku nak wat cadangan laa...Untung puluh-puluh ribu bank dapat dari setiap peminjam tu, patutnya tak payah la disalurkan banyak sangat untuk bagi bonus kat staff diorang. Cuba fikir, siapa sebenarnya yang susah dalam hal ni, yang mendapatkan peminjam ke atau si peminjam tu sendiri? Proposal aku adalah, apa salahnya untung tu dibuat rebat,atau pulangan tunai, atau dapat pendekkan tempoh pembayaran semula hutang. Kan tu semua duit kitorang gak, betul tak? Jangan la kejam sangat memberi kesenangan melampau kepada staff korang jek. Kami sebenarnya yang bagi gaji kat korang.

Logik tak saranan aku ni?
 
::Esok Hari Semalam:: © 2011 | Designed by Chica Blogger, in collaboration with Uncharted 3, MW3 Forum and Angry Birds Online