SUAMI ISTERI BEKERJA,TAPI.....

Boleh ke zaman sekarang ni survive dengan hanya suami jek bekerja? Kecuali segelintir brader yang rasa x kisah hidup besederhana, x kisah tentang simpanan duit, dan merasakan 15 tahun bayar personal loan tu sekejap jek, boleh le survive. Secara logik, kebanyakan orang zaman sekarang memerlukan isteri untuk menyumbang sama meringankan kos sara hidup yang memang amat jahanam dewasa ini.

Jawapan aku kenapa isteri perlu bekerja, senang jek. Korang kira je laa berapa ramai perempuan dalam kelas korang sepanjang korang melanjutkan pelajaran lepas SPM. Dengan adanya kelulusan, semestinya mereka akan bekerja, samada demi apa pun, tu belakang cerita.

Bagi golongan sederhana, pasangan suami isteri / hubby wifey / HUFFY yang bekerja akan menghantar anak ke rumah penjaga, atau bagi yang suka menyusahkan mak bapak dari kecik sampai besar, pastinya akan mintak mak dia tolong jaga. Alahai sahabat sekalian, mak kita tu kudrat bukan macam dulu lagi, x kesian ke nak suruh jaga budak kecik lagi kat rumah tu. Cukuplah kita dulu dah kasik susah sama diorang, ini jam sudah besar ada anak, lagi mahu taruh kaa??? Haiyaaa...

Bagi golongan HUFFY sedikit berada, pastinya akan mengambil bibik / orang gaji untuk menguruskan hal di rumah. Cara ni memang paling best, sebab segala urusan rumah dah ada orang settlekan. X kisah la bibik mana mari pun, yang penting anak ada orang jaga kan.

Apa yang aku nak luahkan kat sini adalah, aku amat hairan dengan golongan HUFFY ni bila berjalan kat shopping complex atau makan angin. Sebagai golongan yang berada, dah pasti dressing memang smart dan cantik. Masalahnya, masing-masing tergamak berjalan bersama bibik yang dressing macam baru bangun tido terus gi jenjalan jek. Ape kes?

Aku nak amek gambar, tapi nanti kang diorang ingat aku ni stalker pulak. Seriously, kenapa ah? Korang boleh pakai cantik, kenapa laa bibik yang saban waktu peluk anak korang tu dibiarkan dengan selekeh sakai camtu. Aku kesian pun ada sebenarnya tau, tapi x kan laa aku pulak nak belikan bibik tu baju, seluar dan selipar baru pulak. Agak-agak laa. Walaupun hati aku ni mulia, tapi xdelaa semulia tu kot.

So aku merayu kat korang yang merancang untuk mengambil bibik, jagalah penampilan bibik korang nanti. Kan setiap masa bibik tu peluk cium anak korang, xde rasa apa-apa ke kalau kewujudan najis mutawasitah yang tak terlihat dek mata kasar ni melekat kat anak korang? Pastu korang pulak peluk cium anak tu....Cantekkkkk....Hahahahah...

Kesimpulannya, sayangilah bibik anda. Karang kerajaan Indon xnak hantar lagi bibik, sape yang susah? Mak korang jugaaaakkkk kan, sebab korang hantar balik kampung. Cehhh...

2 comments:

  1. mann said...:

    Jagalah bibik anda sebagaimana anda menjaga bini anda.

  1. Sy hidup sgt sederhana & surirumah. Nk mewah2 mcm org lain tu xde la tp ckp la apa yg ada.bkn rasa selesa brda dlm zon skrg tp sy lbh selesa anak sy membesar dpn mata sy sbb sy krg prcaya & hubby sy pn x yakin utk bg bby kami org lain jaga.sblm pregnant memg sy keja tp kbtln lps 2 bln resign tgh nk apply keja baru mengandung lak.tu yg xkeja smpai skrg. Bab bibik serabai tu memg slalu dh jmpa.majikn buat x kisah je.kdg2 kesian tgk depa syok dok mkn bibik ni pndg je.memg la tugas dia jaga ank majikn tp ntah la kesian lak tgk

Post a Comment

 
::Esok Hari Semalam:: © 2011 | Designed by Chica Blogger, in collaboration with Uncharted 3, MW3 Forum and Angry Birds Online