Minyak Oh Minyak

Kelmarin aku pulang ke kampung, saje berkumpul dengan sedara mara melawat nenek aku yang dah uzur sangat. Dalam kekencangan taufan sembang tu, ada sorang pakcik aku menyuarakan kehairanan beliau terhadap minyak sawit.

Aku sendiri tak pasti harga pasaran kelapa sawit sekarang ni camne, tapi dalam lingkungan rm700 satu tan. Jadi, harga sekilo kelapa sawit bernilai lebih kurang 75 sen. Sekilo kelapa sawit pulak, bukanlah bermakna menghasilkan sekilo minyak masak sawit tu, kerana minyak masak hanya terhasil selepas proses pembersihan dan penyaringan di kilang. Untuk menghasilkan sekilo minyak masak, lebih kurang 3 hingga 5 kilo kelapa sawit diperlukan. Korang nampak apa dilemanya sekarang ni? Ni soalan matematik yang agak sukar sebenarnya.

Sebab, kalau lah katakan 4 kilo kelapa sawit digunakan untuk menghasilkan sekilo minyak masak, nilainya rm3. Tapi yang peliknya, harga sekilo minyak masak lebih murah dari tu. Camne yek? Tu tak kira kos pengilangan, gaji pekerja dan sebagainya. Rugi la pengilang minyak masak seperti Saji pilihan bestari (lagu iklan dia best la kan...hahahah), Buruh, Cap Pisau dan sebagainya.

Pada masa tu, aku diam jek, sebab aku pun tak pasti. Rupanya, ada subsidi dari kerajaan. Patutla harganya jadik murah. Kalau kerajaan cuba main api dengan isu subsidi minyak masak ni, perghhh... Aku yakin parti pembangkang boleh ambil alih pemerintahan negara ni. Gila korang, kalau minyak masak naik harga, semua harga makanan akan naik. Haru jadiknya kan.

Sekarang ni kecoh pulak isu kekurangan bekalan minyak masak di sebuah negara yang merupakan antara negara pengeluar kelapa sawit terbesar di dunia. Hahahahahah. Lawak betul la kan. Memang cilaka betul sape yang mencetuskan hal ni. Tamak haloba tahap badak sumbu. Mentang-mentang dah dekat dengan perayaan tahun baru Cina, sesuka hati diorang jek nak main sorok-sorok bekalan minyak sehingga menyebabkan kekagetan di kalangan rakyat marhaen. Kalaulah kelapa sawit tu kita boleh blender kat rumah, pastu tapis dapatkan minyaknye, kan senang. Hambik ko, kat pasar nanti ada orang jual kelapa sawit ikut kilo. Haru wooo...

Isu minyak masak ni sensitif kan. Yang pihak tu salahkan yang ni, yang ni salahkan yang tu. Siapa yang tanggung akibatnya? Kita la, orang biasa-biasa ni. Hampeh....Aku nak makan yang rebus-rebus je lah. Modal air dengan gas masak jek. Ok tak?

Peace

1 comments:

  1. Unknown said...:

    aku ingat ko tahu harga pasaran getah jer...peh..harga pasaran sawit pun ko tahuu...ops! lupa father in law byk ladang sawit...ko makan makanan rebus tgk bape lama ko bleh tahan.? takan ko nak rebus gak fries..hahaha

Post a Comment

 
::Esok Hari Semalam:: © 2011 | Designed by Chica Blogger, in collaboration with Uncharted 3, MW3 Forum and Angry Birds Online