Sebagai seorang warganegara yang prihatin, aku suka menganalisis persekitaran aku dan membuat teori bercorak konklusi. Maka edisi "teori meori" adalah langkah bijak dari aku untuk berkongsi pandangan berkenaan dengan perkara-perkara yang aku rasa ada betulnya, dan tidak semestinya betul di mata korang.
Aku sebenarnya dah lama hangin dengan perkara ni. Tak kira apa jua perkara yang melibatkan kene beratur, aku sering dipotong barisan oleh segelintir makcik-makcik yang tak paham bahasa dan "lengai". Lengai adalah sifat gas, di mana sifat tersebut jika diapply pada manusia, bolehlah diibaratkan seumpama sengal, mangkak, toya, tongong dan sebagainya.
Dalam banyak-banyak kejadian dipotong barisan, ada beberapa kes di mana aku tak dapat menahan ledakan emosi aku, di mana aku mencapai tahap kemarahan persis suhu lebur logam.
Kejadian yang paling aku ingat, aku beratur untuk mendaftar perniagaan bazar ramadhan kat dewan tasik titiwangsa. Manusia punyalah ramai tak hingat, sesak giler lah kawasan tu. Sebaik pintu dewan dibuka, makcik dan pakcik di sana yang sebelumnya kelihatan seolah-olah pakcik surau dan tokoh ibu maal hijrah, telah transform menjadi atlit olahraga Kenya dan ahli gusti WWE. Aku terkejut beb, boleh pulak seko seko dah berumur tapi bersesak berebut berlumba nak register, semata-mata nak dapat tapak yang strategik nak berniaga nanti. Sebijik macam bebudak sekolah rendah nak naik bas. Wat the heel?
Masa tu, bila aku dah tengok semua orang menjadi hijau (hulk), aku pun terpaksa lah bertolak-tolak juga. Maklumlah, aku terasa malu pulak kalau budak muda macam aku buat perangai orang tua yang cool dan bersabar. Sedangkan yang tua pun buat perangai, kan? Sumpah sesak gile, masa tu dah tak kira lah bergesel sana sini.
Bila dah beratur tu, aku menjangkakan dah takde la situasi menjengkelkan akan terjadi. Sekali ada satu makcik lengai, muka dia kalau korang tengok rasa nak sarungkan stokin jek biar dia tau muka dia macam kaki. Dia beratur belakang aku, punyalah rapat sampai aku terasa hangatnya tubuh beliau. Cilakak betul si tua ni. Aku tak paham apa motif dia beratur rapat-rapat belakang aku. Aku dah menonjolkan muka tidak senang, mengomel-ngomel sendiri, tapi makcik tersebut tetap lengai.
Aku dah tak tahan, aku mintak member ganti. Pastu aku tinggalkan dia. Dan seperti dijangka, bila member aku tu nak tukar giliran, aku telah menghilang dengan member yang lain sambil tergelak-gelak kerana berjaya membuatkan sorang member aku dimolest oleh makcik lengai. Last-last member aku tu bagi jek makcik tu ke depan, tak tahan la tu. Bangang betul si lengai.
Lain-lain kes, walau di mana aku berada, di kedai makan, lrt, panggung, aku sering dipotong barisan oleh makcik-makcik. Aku tak mampu nak marah, sebab aku seorang dewasa yang menghormati orang tua. Tapi andaikata aku terjumpa lagi spesis makcik lengai, aku give up je la, tak simpan dalam hati pun.
Aku yakin, dan dengan ini menegaskan teori aku yang pertama,
"makcik-makcik suka memotong barisan"
-
World is in your hand...
-
" What you leave behind is not what is engraved in stone monuments, but what is woven into the lives of others." (Lauren Covington,2011)
-
"If running becomes tough, walk. If walking becomes tough, crawl. Never stop." (Navneet,2011)
-
" Life may not always be friendly, but you can be friendly in life." (Donielle,2010)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Sebaik aku bukak mata di kala subuh, ko da ada depan pintu rumah, bertenggek tengok aku terkial-kial mamai pergi bilik air.... Aku nak ger...
-
Untuk entri kali ni, aku nak share beberapa perkara menarik yang aku dapat lihat di felda tempat aku bekerja nih. Mungkin di tempat lain pun...
-
Aku tertarik dengan ucapan Chua Soi Lek, di mana dalam usaha beliau menarik undi kaum cina, beliau mendakwa undi orang cina terhadap DAP mem...
-
Aku pelik gile mase sorang kenalan aku beli kereta proton saga baru-baru ni. Dia ikat 9 tahun dengan bank. Bukan apa, kereta tu dalam 30...
-
Sebenarnya, ni adalah isu yang dah basi. Tapi oleh kerana aku adalah admin blog ni, jadi aku menggunakan kuasa veto untuk publish jek entri ...
-
Boleh ke zaman sekarang ni survive dengan hanya suami jek bekerja? Kecuali segelintir brader yang rasa x kisah hidup besederhana, x kisah te...
-
Apa itu tabiat suka menjilat? Dalam aspek keharmonian rumahtangga, tabiat ni mungkin membahagiakan suami dan isteri. Namun ini jika dipanda...
-
Di satu tengahari yang panas, aku telah pulang melepak ke rumah jap. Nama pun panas, maka aku suka mandi sebelum gi kerja semula pukul dua n...
-
Aku tak nafikan, papan tanda kat jalan raya amat penting bagi semua orang, termasuk aku. Oleh kerana aku agak kerap driving temerloh-bp-jb, ...
-
Kelmarin aku pulang ke kampung, saje berkumpul dengan sedara mara melawat nenek aku yang dah uzur sangat. Dalam kekencangan taufan sembang t...
Labels
- hudud (1)
- HUFFY (1)
- itam ooo itam (1)
- politik keji (1)
- sayangi bibik anda (1)
Blog Archive
Followers
Copyright@Jerr2011. Powered by Blogger.
napa la kisah ko ni mesti makcik dan nenek2..aku pembaca setia tulisan ko sejak dari dulu lagi...cite ko mesti mak cik2 n nenek2..tak da cite aweks2 ker...muka ko mcm herman tino kot...sbb 2 makcik2 n nenek je yang nak dekat ngan ko....