Jilat Sampai Berkilat

Apa itu tabiat suka menjilat? Dalam aspek keharmonian rumahtangga, tabiat ni mungkin membahagiakan suami dan isteri. Namun ini jika dipandang dari aspek fizikal, sama jugak dengan tabiat menjilat jari selepas makan dan menjilat aiskrim sampai semua gigi kanak-kanak tersebut hancur lebur.

Apa itu tabiat menjilat dari sisi yang abstrak? Kita boleh simpulkan, seseorang yang suka menjilat adalah kaki bodek yang maha hebat, kaki ampu yang tegar dan si talam dua muka. Secara teorinya, kaki jilat dipandang keji oleh semua orang kecuali oleh orang yang dijilat.

Benarkah? Sebabnya, sedari zaman persekolahan, isu menjilat ni perkara biasa. Kawan-kawan kita yang pandai menjilat akan disayangi cikgu-cikgu kat sekolah. Begitu juga situasinya di mana-mana pun, asalkan wujudnya organisasi atau institusi, akan wujudlah penjilat, yang dijilat dan yang membenci dengan penjilat. Ini sudah tentulah termasuk institusi keluarga, di mana akan ada adik beradik yang lebih disayangi, kesalahannya tertutup, dek kerna pandai menjilat.

Masalahnya bukan apa, yang aku nampak adalah penjilat ni akan disenangi oleh yang dijilat, kemahuannya sering dituruti, kata-katanya dipercayai dan kekurangannya tidak terzahir. Makanya, perjalanan hidupnya sedikit lebih mudah berbanding orang lain yang tertekan dek perangai hampas dia ni.

Kesimpulannya, penjilat ni keji, dayus, jongos, ampeh dan sebagainya. Rata-rata manusia yang aku jumpa setakat ni, kebanyakannya akan membenci golongan penjilat ni.


Aku sama sekali tak membenci mereka!! Malah, aku amat kagum!! Serius!!

Pertamanya, bagi aku, tu adalah keistimewaan mereka. Mereka ada kelebihan membodek, menyenangkan, dan disukai oleh yang dibodek. Keduanya, bukan senang untuk membodek, sebab kalau silap cara dan langkah, korang akan dibenci terus. Ketiga, kalau berjaya membodek, mereka akan senang. Ada sesape kat dunia ni taknak senang? Meh bagitau aku kalau ada yang nak susah, post status kat facebook arr kalau berani.

Dan, alasan aku paling muktamad kenapa aku menyenangi mereka, adalah kerana, kita semua memang suka membodek! Shit giler weh kalau korang anti jilat.

Aku amat terkejut dan tersenyum kambing bila aku nampak spesis camni tau. Konon hangin sangat dengan orang-orang yang suka mengampu. Tapi bila diorang dapat can nak jilat, perghhhh...licin berkilat beb. Aku terasa begitu najis sekali di situ. Bapak punye hipokrit.

Siapa yang tak nak disenangi oleh bos, cikgunya, pensyarahnya atau apa-apalah yang seumpamanya. Cuma bila korang tak mampu nak bodek, korang hangin pulak dengan member-member lain yang pandai kipas. Derr, lu kipas mau cantik lah, orang lain gune kipas karen, lu gune kipas kertas, ape barang?

Ada satu jek masalah yang hampeh dengan penjilat ni, kalau mereka spesis yang memburukkan orang lain. Ni jahanam siket lah, layak dipijak sampai koma. Orang camni bagi aku penyelesaiannya mudah jek, samada biarkan takdir ambil alih pembalasan, atau kita rencanakan pembalasan kita sendiri. Aku suka yang kedua tu, sebab ada dapat bonus kepuasan hati dan menggembirakan setan-setan di sekeliling kita. Hahahahahahah.... Nampak sangat kekurangan iman di situ.

Kesimpulannya, ok hape jadik penjilat?

3 comments:

  1. Unknown said...:

    apsal lak nak nama aku kikishi...lantak la..aduh dowg nAK KOMEN PUN PAYAH...SAPER NAK HIDUP SUSAH DOWG...TAKAN NAK KENA PIJak jer...sekarang ni byak sgt kroni kt sana sini...kalo tak hisap mcm mamner nak hidup dowg...kena la hisap baik skit...bru nek pangkat cepat...hahahaha...lupalak tmpt keje aku orng tak panggil jilat tapi hisap..tapi makna sama jer...

  1. Unknown said...:

    ko pun kaki hisap gak

Post a Comment

 
::Esok Hari Semalam:: © 2011 | Designed by Chica Blogger, in collaboration with Uncharted 3, MW3 Forum and Angry Birds Online