DILEMA POLITIK,BANGSA DAN AGAMA

Aku bukanlah orang yang layak untuk mengupas isu yang amat berat ni. Bukan setakat berat, malah terlalu luas. Cuma sebagai seorang rakyat Malaysia berbangsa Melayu dan beragama Islam, situasi politik Malaysia yang haru biru sekarang ni sedikit sebanyak memeningkan aku.

Di mana aku pasak kepercayaan politik aku selama ni? Terus terang aku katakan, aku adalah antara belia-belia Malaysia yang haram tak campur dan tak nak join mana-mana parti politik. Orang akan label aku takde pendirian, tak bertanggungjawab dan kurang peka, tapi ni aku nak tanya orang-orang tu semula; PARTI MANA YANG BENAR-BENAR MENJAGA KEBAJIKAN AKU, BANGSA AKU DAN AGAMA AKU?

Dilema aku ni amat berat. Pihak mana yang berkata benar sekarang ni? Yang sana tuduh sini, yang sini tuduh sana, yang sini sesama sendiri berbalah, yang sana bergegar goyah. Apa cerita? Amek kes paling famous sekarang ni la k. Dato' Anuar meliwat dan layan pelacur? Ada saksi, siap ada video itam putih. Tapi terlalu banyak perkara yang boleh dipertikaikan. Cara pendedahan, cara ambil bahan bukti, cara pendakwaan, semua ada "lompang" yang pelik dan menghairankan. Isu sumpah laknat, yang si Eskay tetiba nak buat hukum Islam sendiri ni apehal? Pernah ambil tahu siapa Eskay tu?

Aku sebelum ni walaupun tak pernah menyuarakan apa-apa, sentiasa menyokong kerajaan sekarang. Ini jelas kerana aku bekerja kerajaan, dan aku tak boleh bangkit menentang kerajaan kalau aku ni adalah kakitangannya. Masalahnya sekarang, hidup aku semakin susah!!

Kenapa susah? Kos hidup meningkat. Minyak asek naik, gula naik, tiap kali musim perayaan harga barang naik, tarif elektrik naik...Sial betul lah. Aku sangat tak faham, di kala kebangkitan rakyat semakin membara, kerajaan semakin carik pasal. Memang nak pihak pertengahan macam aku ni mula bertindak ke?

Sangat banyak perkara yang kita marah. Kita marah dengan saman ekor, harga minyak, harga kereta dek kerana membela sangat proton, bil air (bangsat...aku dok Pahang punyalah best air murah...Johor selaku kubu BN terkuat air mahal nak mampus...macam cilaka), bil elektrik, minyak, dan macam-macam lagi. Kerajaan buta ke? Betul ke kerajaan takde duit sampai nak penaya rakyat camni?

Dek kerana takdak duit, sebab tu laa dok buat menara 1Malaysia entah berapa juta, isu emel 1Malaysia....

Ni aku betul nak tahu. Apa tu 1Malaysia? Macam nama grup nak masuk raja lawak astro jek. Aku sedar aku ni bodoh, tak pandai, yelaa yang buat dasar dan program mega camni mestila orang pandai, sebab mampu jadi pemimpin Malaysia. Yang aku heran, apa yang tak kena dengan perpaduan antara kaum selama ni? Kenapa nak buat lawak kononnya kita ni semua satu bangsa, kalau dalam perlembagaan hak bangsa Melayu ni terpelihara? Tak rasa lawak ke? Cuba kita bayangkan kalau kita ni bukan bumiputera, apa yang 1Malaysia ni bawak sebenarnya? Perlu ke bangsa Cina nak mengaku diorang bangsa Malaysia kalau diorang tak dapat hak yang sama macam Melayu? Tak ke bangang namanya?

Yang aku marah bukan apa, sekarang ni isu perkauman dah bertiup kencang sangat. Kalau selama ni umpama api dalam sekam, sekarang dah menyala, dah panas beb. Bagi aku, perkauman memang akan wujud sampai bila-bila. Perkara ni natural, takkan la takleh faham. Kenapa nak bagi panas mende ni?

DAP racist? MCA pun 2x5 la. Memang racism tak boleh nak elak, tapi sekurang-kurangnya boleh dibendung. Sampai sekarang aku tak boleh maafkan si bangsat Soi Lek kata cikgu Mala tu tak hormat rakyat sebab bersalam guna alas tangan. Keji betul la. Aku rasa amat terhina dengan statement camtu. Apa yang kita buat? "Orang kita" segelitir boleh plak join guna isu ni. Tak ke gampang tu? Aku bukannya sokong cikgu Mala, yang laki dia boleh pulak amek mc tapi meredah banjir berkempen, tapi aku masih ada rasa tanggungjawab bila orang hina agama aku camtu sekali.

Benarkah "bangsa" begitu penting, mampu memberi kita jaminan hidup selesa, aman dan bahagia? Benarkah bila "orang kita" yang pegang kuasa kepimpinan negara, kita hidup senang, hak kita terpelihara, kebajikan kita terjaga? Benarkah Melayu tu adalah tunjang dan menara matlamat hidup kita?

Kenapa aku tanya mende tu? Siapa yang memimpin kita selama ni? Kononnya selagi "orang kita" yang memimpin, hak kita terpelihara. Betul ke? Siapa punya hak yang terpelihara, semua Melayu ke atau segelintir Melayu? Konon DEB jaga kepentingan kita dalam ekonomi. Siapa je yang dapat projek kerajaan tu? Kene ada kabel kuat, kene rajin suap, baru senang cerita. Dah dapat pulak, jadik tender ali baba. Aku bukan tuduh membabi buta, aku memang pernah jumpa mende camni. Bukan orang lain, orang kita la. Bajet dapat 50K, 25K tu habis ke rasuah je. Sudahnya projek tu nilai sebenarnya dalam 15K jek. Sial kan? Kalau la semua "orang kita" tak songlap bajet tu, aku rasa dah macam-macam jenis projek mewah sebenarnya boleh disediakan untuk rakyat, sebab semua bajet tu digunakan sepenuhnya untuk projek-projek tu.

So, macam mana sekarang?

Aku ada satu pendapat yang kontroversi sebenarnya. Aku rasa, aku dah tak pedulik sapa pun memimpin negara ni, asalkan dia Islam. Besar maknanya kat sini ok. Maknanya, aku leh terima kalau orang tu bukan bangsa aku, asalkan dia Islam dan berakhlak baik, "clean" lah senang kata, takde rasuah, takde arak, takde kes dengan pempuan. Aku tak pedulik kalau sejarah hitam dia macam haram, asalkan dia dah berubah, fine bagi aku.

Aku dah tak pedulik pasal hak istimewa Melayu, sebab yang dapat hak istimewa tu bukan rakyat bawahan seperti aku. Hak istimewa Melayu menyebabkan aku tertindas oleh bangsa aku sendiri. Yang penting, kuota untuk pendidikan dan kuota bumi untuk perumahan, tu kene teruskan. Kenapa kuota pendidikan aku kene pertahankan? Bukan sebab aku nak tengok bangsa aku hebat dan terpelajar, tapi aku nak lebih ramai saudara seagama dengan aku hebat dan terpelajar. Dua benda yang sama tapi berbeza.

Islam agama rasmi, segala urusan dan perihal berkaitan Islam jangan sesekali disentuh. Ini yang kita kene pertahankan. Macam bodoh pertahan hak keistimewaan bangsa Melayu, kita sesama sendiri berbalah tak habis-habis. Kerana pertahan hak ni lah, minda kita tertutup, tak boleh terima perubahan. Sampai bila-bila pun kita akan semakin tertekan saban hari dengan peningkatan kos sara hidup.

Aku bukan nak hapuskan hak istimewa kita, tapi aku mual dengan pihak yang lantang bersuara konon merekalah pembela Melayu sejati. Dek kerana itulah, mereka terus dapat sokongan walaupun mereka itu lah musuh dalam selimut kita. Aku bayar cukai, Lillahi sesen pun aku tak halal pada mereka yang rompak duit aku secara senyap-senyap ni.

Bersatu kita demi agama, bukan bangsa, itulah yang sebenar-benar punya perpaduan.

Jom layan video 1Malaysia...Yeahhhh

http://www.youtube.com/watch?v=hwAOsnMqbcY
http://www.youtube.com/watch?v=lmE-ds3LL6Q&feature=related

0 comments:

Post a Comment

 
::Esok Hari Semalam:: © 2011 | Designed by Chica Blogger, in collaboration with Uncharted 3, MW3 Forum and Angry Birds Online